Malaysia | Rangkul dua anugerah dalam sains, teknologi nuklear

2022-09-27 0

Malaysia merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Pencapaian Perjanjian Kerjasama Serantau (RCA) dalam bidang sains dan teknologi nuklear di Vienna, Austria pada Isnin.

Agensi Nuklear Malaysia telah menerima Anugerah Kerjasama Serantau RCA kategori institusi berikutan penglibatan aktif melibatkan kerjasama dalam 141 Projek RCA, serta menganjurkan lebih 68 aktiviti RCA yang memberi manfaat kepada lebih 1,200 personel dan menyediakan 41 pakar teknikal kepada RCA.